Puteri UMNO Semai Misi Kemanusiaan dalam Golongan Anak Muda

KUALA LUMPUR - 23 FEBRUARI 2017 : Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melalui Skuad Puteri Peduli telah melaksanakan satu program Misi Bantuan Gelandangan 'Denyutan Kota Raya' pada 22 Feb 2017 bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama beberapa golongan anak-anak muda yang turut serta dalam Misi Bantuan Gelandangan ini. -Gambar Rakan Puteri

Program ini mendapat kerjasama daripada Sekretariat Mahasiswi Nasional (SWiNAS), ADINDA dan Pergerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan. Turut turun membantu ialah YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Program Misi Bantuan Gelandangan ini turut mendapat liputan media arus perdana seperti Bernama, Utusan Malaysia dan sebagainya.

Program ini telah mendapat sambutan luar biasa dan di luar jangkaan terutama daripada golongan wanita muda. Dianggarkan seramai 170 orang sukarelawan bersama membantu menjayakan misi bantuan ini.




Ternyata program bersifat ‘humanitarian’ menjadi satu magnet yang kuat buat golongan ini untuk turut bersama dalam membantu masyarakat. Elemen 'humanitarian' ini diangkat menjadi salah satu agenda politik Puteri UMNO Malaysia dari sudut strategi sosial. 

Sambutan baik dalam kalangan anak muda memberi konotasi baru kepada 'political player' bahawa:

#   Golongan anak muda mahukan suatu agenda politik bersifat ‘membantu masyarakat’ yang lebih menjurus kepada peranan yang boleh dimainkan bersama pemimpin. 

#   Golongan anak muda melihat aspek praktikaliti lebih utama dari aspek konseptual. Ini jelas memberi isyarat bahawa ‘trend’ politik masa hadapan yang mereka inginkan ialah agenda2 politik yang pragmatik, 'real', berani menghadapi setiap kemelut dan bersifat kuantitatif. 

# Golongan anak muda melontarkan isyarat bahawa mereka mahukan pemimpin yang bersifat inklusif bukannya eksklusif.

# Pengaruh anak muda adalah besar dan mereka harus diberi hala tuju, peluang dan panduan. Pemimpin mesti melihat bahawa golongan muda adalah peluang bukannya ancaman dari sudut survival politik. 



Pandangan skeptikal terhadap golongan muda menunjukkan bahawa seseorang pemimpin politik itu berpemikiran 'old school' dan tidak bersedia melakukan transformasi politik biarpun seringkali diucapkan. Inilah antara punca kenapa UMNO dikatakan semakin kurang relevan di kalangan anak muda dan elemen ini sedang dieksploitasi oleh pihak pembangkang, PPBM.

Sejarah munculnya 'hippie subculture' di Amerika sekitar 1960an dan pengukuhan budaya ini sekitar 1970an hingga sekarang adalah suatu interpretasi golongan ini yang ditonjolkan dalam bentuk budaya dan sebab itu mereka dikenali sebagai 'Beat Generation'. 

Jika tidak dibendung mereka akan cenderungan ke arah ini jika mereka masih tiada tempat di dalam politik Malaysia.

Program sebegini wajar diteruskan pada masa akan datang dan boleh diperluaskan kepada golongan sasar yang lain pula. Tahniah kepada YB Datuk Mas Ermieyati dan skuad puteri peduli yang telah membuka mata kita semua bahawa golongan muda negara kita dahagakan sesuatu iaitu kebersamaan daripada kerajaan dan pemimpin yang memerintah. 

Ternyata sikap ekstrovert yang dipamerkan oleh YB Datuk Ketua Puteri UMNO disenangi oleh golongan belia terutama wanita muda. Tahniah YB!!!

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016