Lebih 100 Negara dalam 1 Festival Antarabangsa Malaysia

Image may contain: 1 person

CYBERJAYA: Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsuddin mewakili Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Sri Nazri Aziz menghadiri Malaysia's International Cultural Festival 2017 di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing Cyberjaya, pada malam tadi.

Juga turut menghadiri bersama ialah Canselor Universiti Limkokwing, Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Dr Kalsom, Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Dato Sri Paduka Lim Kok Wing, dan Puteri Inkhosantana Sikhanyiso dari Kerabat Di-Raja Swaziland.

Image may contain: 12 people, people on stage, people standing and crowd

Festival yang bertemakan 'The World in One Place' tersebut menampilkan pameran kebudayaan dari lebih 100 buah negara melalui persembahan lagu dan tarian tradisional, puisi, drama-drama yang menunjukkan budaya negara masing-masing. 

Juga terdapat gerai-gerai yang memaparkan budaya negara serta para pelajar juga turut berkongsi dan belajar tentang budaya yang berbeza dari seluruh dunia ini.

Mas Ermieyati berkata dalam ucapan beliau, "Universiti Limkokwing adalah contoh terbaik dalam kerjasama strategik yang berjaya antara kementerian dan sektor swasta bagi mengukuhkan pengalaman orang luar tidak kira sebagai pelancong, pekerja mahupun pelajar sekaligus menggalakkan negara Malaysia sebagai destinasi yang mesti dikunjungi di rantau ini.

"Amat tidak diragukan lagi bahawa program-program kebudayaan seperti ini akan meningkatkan kesedaran dan kepentingan dalam mempelajari serta memahami pelbagai budaya tanpa mengira sempadan."

Beliau juga menyatakan kegembiraan beliau dalam melihat semangat anak-anak muda dari seluruh dunia ini bersama-sama dalam keadaan harmoni dan saling menghormati.

Alumni Limkokwing Cyberjaya, Joe Flizzow yang merupakan selebriti muzik Malaysia juga turut menampilkan persembahan gandingan hebat bersama SonaOne mengakui bahawa Limkokwing Cultural Festival ini menunjukkan kepada mata dunia bagaimana harmoninya semua rakyat di dunia walau berbeza budaya.

Festival yang berlangsung pada malam tadi dihadiri oleh wakil lebih dari 100 buah negara berjaya mengatasi Malaysis's Book of Records 2016 yang juga merupakan rekod mereka sendiri di dalam festival yang sama pada tahun lepas.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016