Pertemuan Perdana Menteri Malaysia Bersama Raja Bahrain

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan) bersalaman dengan Raja Hamad Isa Al Khalif semasa menerima kunjungan Raja Bahrain itu di Seri Perdana malam ini. Raja Hamad mengadakan lawatan negara empat hari ke Malaysia pada ahad atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. -Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan bersama Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al-Khalifa di Seri Perdana pada malam tadi.

Terdahulu, ketibaan baginda di kediaman rasmi perdana menteri pada kira-kira jam 8.50 malam disambut oleh Datuk Seri Najib.

Selepas pertemuan empat mata itu, Raja Hamad dan Najib kemudian menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) di antara Bahrain dan Malaysia, termasuk perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan kerjasama pertahanan.

Raja Hamad tiba untuk lawatan negara untuk empat hari ke Malaysia pada Ahad lalu atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. -BERNAMA



Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016