UMNO Berjuang Untuk Semua Kaum



UMNO yang bakal menginjak usia 71 tahun 11 Mei ini bukan hanya berjuang untuk orang Melayu bahkan banyak bukti menunjukkan parti itu menyumbang kepada kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Sasterawan dan pejuang bahasa, DR. Lim Swee Tin berkata, bahkan usia UMNO yang lebih tujuh dekad memperlihatkan ia sebuah parti yang matang sehingga menyumbang kepada kestabilan politik negara.

Tambah beliau, pendekatan pemimpin UMNO yang luar biasa dengan idealisme kepemimpinan merupakan isyarat jelas bahawa parti itu akan mempertahankan ketamadunan bahasa Melayu.

"Saya lihat perjuangan UMNO bukan sahaja untuk orang Melayu bahkan banyak bukti yang menunjukkan parti itu berjuang demi seluruh rakyat di negara ini.

"Saya juga optimis bahawa UMNO adalah parti yang mampu mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu kerana ia satu-satunya bahasa perhubungan yang menjadi jambatan perpaduan," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Beliau mengulas perjuangan UMNO dalam memartabatkan bahasa dan budaya Melayu sempena sambutan ulang tahun ke-71 parti itu pada 11 Mei ini.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak harus bekerja dengan lebih keras dalam satu kumpulan supaya bahasa dan budaya Melayu kekal relevan menjadi bukti ersefaaman rakyat di negara ini.

Sementara itu, tokoh bahasa dan budaya, Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, perjuangan UMNO dalam memartabatkan bahasa Melayu masih belum selesai malah ia perlu diberi perhatian agar rakyat di negara ini merasai kepentingan bahasa berkenaan.

"Sewatu awal penubuhan UMNO, bahasa Melayu merupakan subjek perjuangan sehingga ia mampu menjadi bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi dalam urusan seharian hasil langkah perjuangan pemimpin UMNO terdahulu.

"Malah, langkah memartabatkan bahasa Melayu bukan bermaksud kita menidakkan kepentingan bahasa Inggeris kerana kita perlu berpijak di bumi sendiri. Anak-anak Melayu khusunya perlu mengetahui seni berpantun, gurindam, syair dan gamelan yang sangat berkait rapat dengan bahasa Melayu," katanya. -UTUSAN

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia