Jangan Salah Tafsir Peranan PTPTN Dalam Bantu Meringankan Beban – Mas Ermieyati Samsudin



KUALA LUMPUR, 6 Dis – “Jika boleh, tubuh PTPTN ini hendak dibelah 10 agar dapat membantu semua pihak… tapi keadaan PTPTN ini ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Jadi kita harus membantu agar menerangkan kesalahfahaman masyarakat tentang peranan PTPTN,” ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Justeru menurut beliau, kerjasama yang dijalankan oleh Sekretariat Mahasiswi Nasional (Swinas) bersama PTPTN adalah tepat pada masa agar ia dapat mengeratkan kerjasama selain dapat berkongsi fakta sebenar.

“Sebenarnya, ramai di kalangan ahli UMNO sendiri selain orang luar yang tidak memahami isu PTPTN ini. Sebab itu bila pembangkang memutar-belitkan fakta maka ramai yang terpengaruh.

“Jadi, program sebegini akan dapat menyampaikan maklumat sebenar dan seterusnya disebarkan ke akar umbi agar orang ramai mengetahui apakah peranan PTPTN sebenarnya. Kalau ada pemahaman yang baik daripada masyarakat sudah pasti ia dapat melicinkan lagi sokongan dan dokongan kepada Barisan Nasional (BN).

“Kita jangan hanya mendengar sebelah pihak dan kemudian terus membuat kesimpulan sehinggakan kebaikan sebenar ditenggelami dengan cerita yang tidak benar,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas menghadiri majlis makan tengahari bersama Swinas.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap agar pihak PTPTN dapat mempertimbangkan untuk turut memberi biaya kepada pelajar yang belajar di luar negara.

“Ramai yang belajar di luar negara pergi di atas tanggungan sendiri dan ini cukup membebankan. Mungkin PTPTN boleh memikirkan kaedah terbaik untuk meringankan beban mereka ini,” katanya lagi. – MediaUMNO

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016