Penubuhan KOSAPUM Lambang Legasi Pergerakan Puteri UMNO - Mas Ermieyati Samsudin


KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan penubuhan Koperasi Sahabat Puteri Berhad (KOSAPUM) untuk semua ahli dan bekas ahli Puteri sebagai lambang legasi pergerakan itu.

Jelas beliau dengan penubuhan KOSAPUM ini juga akan menjadi salah satu tali pengikat kebersamaan mantan-mantan kepimpinan Puteri UMNO untuk terus berjuang bagi memperkukuhkan parti.
Ia secara tidak langsung tambahnya dapat mengekang cubaan pihak tertentu khususnya pembangkang yang sentiasa akan cuba merapati mantan-mantan kepimpinan ini untuk berjuang bersama mereka.

“Cadangan ini telah saya suarakan pada perhimpunan Pink Reunion tahun lalu. Penubuhan KOSAPUM ini juga adalah untuk mengumpulkan kembali mantan-mantan Puteri UMNO dari tahun 2001 sehingga kini yang sebahagiannya telah tidak lagi aktif bersama parti dan juga yang telah tidak dapat dihubungi.

“Melalui KOSAPUM juga kita akan dapat menggabungkan kembali mantan ahli Puteri bersama ahli semasa Puteri bagi mengukuhkan silaturrahim dan membantu meningkatkan ekonomi semua ahli KOSAPUM kelak. Ianya juga bertujuan untuk sentiasa menghubungkan antara satu sama lain agar aspirasi kerajaan dapat dikongsi dan difahami oleh mantan ahli khususnya,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas menyertai program makan malam Pink Reunion 2.0.
Justeru beliau berharap agar KOSAPUM akan dapat menjadi nilai tambah dalam erti persahabatan. –MediaUMNO


Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016