Puteri pasak janji dan wala' terhadap pimpinan Umno


KUALA LUMPUR - Menyedari PRU 14 adalah getir dan ibu kepada segala pilihan raya Puteri Umno menegaskan akan terus memasakkan janji dan wala' terhadap pemimpin dan parti.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Puteri Umno tidak mendesak sebarang pemilihan calon.

"Cuma kami mengharapkan agar pemilihan calon akan turut mengambil kira wanita dan orang muda. Sudah tentu Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) mempunyai metodologi sendiri sewaktu memilih calon.

"Namun pihak Puteri mengharapkan calon yang dipilih itu nanti mestilah juga menekankan pendekatan WLWC:(Winnable, Likeable, Workable and Capable).

"Maksudnya calon yang dipilih mestilah yang boleh menang, disukai pengundi, mampu bekerja dan berkebolehan. Bahkan, bagi calon langsung seperti yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah kaedah yang terbaik,

Puteri Umno mengharapkan juga konsesus yang sama dapat dicapai oleh semua parti komponen BN," katanya dalam Ucapan Dasar Puteri Umno Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2017.

Mas Ermieyati berkata, sekiranya ada antara anggota Puteri Umno tidak dipilih, beliau ingin memberi jaminan sayap tersebut tidak akan merajuk.

"Puteri tidak akan bergasak, Puteri janji tidak tutup bilik gerakan. Puteri akan terus bekerja, bekerja dan bekerja Janji BN menang.

"Pilihlah yang terbaik dari kalangan yang terbaik demi kemenangan dua per tiga majoriti pada PRU akan datang," katanya – Sinar Harian

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016