KUALA LUMPUR : Baru-baru ini kecoh diperdebatkan di dalam media laman sosial mengenai Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong program Sisters In Islam (SIS), dan berikut adalah kenyataan daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin. Rakan Puteri berpendapat bahawa kenyataan YB Datuk Mas Ermieyati amat 'solid', padu, lengkap dan mudah untuk difahami.