Persoal Arah Tuju 'Wanita Bantah Politik Toksik'


SHAH ALAM - Isu yang dibawakan pembangkang dalam perarakan ungu atau 'Wanita Bantah Politik Toksik' , Ahad lalu dilihat sebagai dangkal serta tidak mencerminkan situasi sebenar yang berlaku dalam persekitaran politik Malaysia.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata segala yang dilaungkan para aktivis dalam perhimpunan tersebut sekadar retorik semata-mata.

"Semua isu yang ditimbulkan mereka (pembangkang) telah ditangani dengan baik oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari semasa ke semasa.

"Kerajaan telah melakukan pelbagai penambahbaikan dari sudut perundangan bagi memastikan demokrasi terus subur selaras dengan perlembagaan persekutuan," katanya dalam satu kenyataan media.

Satu himpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' diadakan Ahad lalu bertempat di Kompleks membeli-belah  Maju Junction, turut hadir merupakan isteri Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu turut hadir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang dan juga Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, Mas Ermieyati kesal dengan himpunan tersebut yang dilihat sebagai sesuatu yang lebih memalukan golongan wanita secara keseluruhannya.

" Isu ini patutnya perlu ditangani terlebih dahulu sebelum mahu bertindak mewakili rakyat Malaysia dalam membuat bantahan umum.

" Justeru itu, saya mahu rakyat di luar sana menilai adakah tindakan berarak di atas jalan raya bagi menzahirkan perjuangan 'Wanita Bantah Politik Toksik' ini selari dengan tindakan pihak pembangkang menyelesaikan kemelut melibatkan golongan wanita selama ini,” katanya.

Sumber : SH 

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016