Malaysia Terletak Pada Tangan 32 Atlet Negara

Dikhabarkan seramai 32 orang atlet negara daripada 10 jenis sukan yang berbeza bakal mengibarkan jalur gemilang di Rio pada bulan Ogos ini dalam temasya Olimpik Rio ke-31. Sekaligus, persoalan yang bermain ketika ini, mampukah atlet atlet negara menyumbang nama dengan menghadirkan pingat pingat sebagai 'hadiah'? Satu kata semangat, YAKINLAH kepada atlet-atlet yang dipilih.




Menurut Rizal Hashim, Pemerhati Sukan Tempatan, bukan sahaja pemain perseorangan badminton, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun Pandalela Rinong untuk meraih pingat, tetapi juga menerusi atlet atlet yang lain seperti Azizulhasni Awang dalam acara lumba basikal dan juga pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad.

Malah, beliau juga berkata "apa yang kita harapkan, setiap atlet yang bertandang ke Rio dapat mempamerkan sekurang-kurangnya prestasi terbaik mereka, mencipta rekod kebangsaan atau kedudukan yang paling baik yang pernah mereka raih dalam sejarah kerjaya mereka". 

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, berpandangan realistik dengan menuntut penampilan mereka di Olimpik dimanfaatkan sebaik-baiknya walaupun sedar sukar meraih pingat.

Berikut merupakan senarai acara sukan yang mempunyai wakil negara bagi sukan Olimpik di Rio nanti.
  • Badminton: 8
  • Terjun: 6
  • Golf: 4
  • Memanah: 3
  • Renang: 3
  • Olahraga: 2 
  • Basikal trek: 2
  • Pelayaran: 2
  • Menembak: 1
  • Angkat Berat: 1

sumber: Astro Awani

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016