PORTUGAL JUARA EURO 2016!!!

Pemain Portugal menjulang Piala EURO selepas menang 1-0 keatas Perancis di Stadium Paris' Stade de France

Final EURO 2016 yang berlangsung kira-kira jam 3.00 pagi (waktu Malaysia) telah menyaksikan kemenangan pasukan Portugal yang membelasah pasukan Perancis dengan kemenangan 1-0. 



Permulaan sepak mula dikejutkan dengan kecederaan Ketua Pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo di minit yang ke 25 apabila berlanggar dengan pemain Perancis, Dimitri Payet dan rata-rata penyokong Portugal melahirkan rasa takut akan kehilangan skil dan kemampuan ketua pasukan Portugal itu yang dilihat antara tunggak utama Portugal.

Perancis walaubagaimanapun gagal memanfaatkan peluang ketiadaan Ronaldo untuk menjaringkan gol ke atas Portugal.  


Ronaldo di bawa keluar pada minit ke 25 selepas berlanggar dengan pemain Perancis, Payet
Di dalam perlawanan itu juga, Portugal gagal memanfaatkan tendangan Raphael Guerreiro pada minit ke 108 perlawanan apabila sepakan percuma yang diambilnya terkena palang gol Perancis. Gol disumbat oleh Eder melepasi penjaga gol Perancis, Hugo Lloris dan membawa kemenangan kepada pasukan jaguh EURO 2016, Portugal.

Christiano Ronaldo, di lihat bersungguh-sungguh membantu rakan pasukannya di luar padang dan beliau mengalirkan air mata sebaik wisel penamat dibunyikan sebelum menjulang piala EURO 2016 itu.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016