PENIPUAN UMRAH

Daripada tahun 2012 sehingga April 2016, sebanyak RM249,000 saman telah dikeluarkan ke atas syarikat pelancongan kerana melanggar terma syarat dan peraturan mengerjakan Umrah, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia



Mengerjakan umrah menjadi keinginan kebanyakan orang-orang Islam tidak kira di mana sahaja kita berada. Menjadi suatu amalan umat Islam khususnya rakyat Malaysia pergi mengerjakan Umrah sebelum mengerjakan Haji. Rata-rata mereka menggunakan servis khidmat syarikat pelancongan yang menawarkan pakej-pakej Umrah saban tahun.

Daripada tahun 2012 sehingga April 2016, sebanyak RM249,000 saman telah dikeluarkan ke atas syarikat pelancongan kerana melanggar syarat dan peraturan mengerjakan Umrah. Menurut Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, sebanyak 11 syarikat pelancongan telah di tarik lesen operasi (Rujuk Sini)

Sebanyak 3,400 kes dilaporkan melalui Tribunal Pengguna yang melibatkan tuntutan berjumlah RM 20.77 juta dalam tempoh yang sama.

Antara faktor yang membawa kepada masalah tersebut menurut beliau lagi adalah disebabkan oleh kegagalan syarikat pelancongan untuk mendapatkan Visa Umrah, tiket penerbangan, penangguhan dan pembatalan pakej umrah dan gagal memenuhi terma dan syarat pakej umrah.

Oleh sebab itu, bakal jemaah di saran untuk mendapatkan pakej umrah daripada syarikat pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kata timbalan menterinya.

Menurut beliau lagi, harga minimum pakej umrah di Malaysia adalah pada kadar RM4,900 untuk 12 hari 10 malam iaitu yang ditetapkan oleh Majlis Kawal Selia Umrah. Oleh itu, para jemaah perlu berhati-hati dengan penawaran pakej umrah yang murah dan di bawah kadar minimum yang telah ditetapkan.

Sebanyak 500 daripada 4,500 yang telah berdaftar dengan Kementerian telah mempunyai lesen khas untuk pakej umrah dan ziarah. Adalah menjadi kewajipan kepada syarikat ini untuk memaparkan nombor lesen perniagaan pada tanda dan bahan iklan atau promosi.

Sebarang pembayaran adalah terus kepada syarikat dan elakkan daripada membuat bayaran kepada ejen. Jemaah perlu memastikan bayaran yang di buat adalah meliputi beberapa perkara penting dan asas seperti tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, makan dan minum, visa umrah dan upah mutawwif.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016