Mas Ermieyati: 'Dekat je' app bantu tingkatkan sektor pelancongan Malaysia
Johor Bahru, 29 Februari 2016 - Aplikasi baru peranti pintar Dekat je telah dilancarkan di KSL Hotel, Johor Bahru. Aplikasi ini adalah merupakan mekanisme untuk meningkatkan sektor pelancongan negara. Ia dapat membantu mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan pelancongan terutamanya pelancongan domestik kepada 66.8 juta orang pada tahun ini, 2016.
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Yb Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata aplikasi ini dapat membantu pelancong untuk merancang dan menguruskan percutian di mana-mana destinasi yang mereka inginkan di dalam negara ini dengan lebih cekap dan mudah.
Muka depan aplikasi Dekat Je > |
Sehingga kini, aplikasi ini rancak dimuat turun oleh kira-kira pengguna telefon pintar sebaik ia dilancarkan pada Februari awal tahun ini.
Tambah beliau lagi, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yakin dapat mencapai sasaran untuk meningkatkan jumlah pelancong domestik dengan inisiatif yang telah diambil untuk menggalakan pelancongan di negara ini.
Aplikasi Dekat Je boleh diakses dan dimuat turun secara percuma di 'Google Store' atau 'App Store'. Menurut pembangun aplikasi ini, ia akan terus dikemas kini dengan tawaran yang menarik dan kementerian sedang mengkaji menambah lebih banyak ciri-ciri untuk kemudahan pelancong.
Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab berkata ketibaan pelancong dari Singapura telah berkurangan pada tahun lepas kerana republik itu telah secara aktif mempromosikan pelancong dan domestik di negara mereka sendiri.
Singapura melancarkan kempen kepada pelancongan domestik untuk menggalakkan rakyat mereka untuk melancong dalam negara itu sepanjang tahun, yang memberi kesan kepada bilangan pelancong Singapura di Malaysia.
Sumber: The Star Online