Mampukah Golongan Muda Miliki Rumah Seusia 21 tahun ??


Layari : klik sini untuk maklumat lanjut berkaitan PR1MA



Memiliki rumah sendiri adalah impian kita semua. Rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji kasar RM2500.00 sebulan, sudah yang pasti tidak akan lepaskan peluang jika diberi pilihan oleh kerajaan.

        Adakah gaji yang sedia ada mampu untuk kita miliki rumah sendiri? Persoalan yang sering menjadi tanda soal. Namun ansuran bulanan masih rendah dan kebanyakan bank di Malaysia membenarkan pinjaman sehingga umur kita 65 tahun dan tempoh pinjaman maksimun 35 tahun. Sekiranya kita membeli rumah pada usia muda, maka ansuran akan lebih rendah berbanding usia yang telah lanjut, sekaligus ianya adalah satu kelebihan untuk kita membuat pinjaman. Semakin panjang tempoh pinjaman semakin sedikit bayaran bulanan kita. Selain itu harga hartanah yang semakin tinggi ini juga boleh membantu kita untuk menambahkan pendapatan dengan menyewa kepada orang lain.

        Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak telah mengambil inisiatif pada mula-mula tampuk kepimpinan Negara yang diberi perhatian adalah perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar. Oleh yang demikian, Perdana Menteri telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).


Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia