'SUPER KIP' Raja Litar Basah Malaysia

Khairul Idham Pawi. Siapa sangka, pada usia muda 17 tahun, pelumba kelahiran Kampung Gajah Perak ini dua kali menjulang nama Negara Malaysia di pentas litar lumba dunia. Beliau yang juga dikenali sebagai 'Super KIP' sekaligus digelar Raja Litar Basah disebabkan litar dalam keadaan basah telah meraih gelaran juara yang sebelumnya dikatakan agak sukar untuk Malaysia di peringkat MotoGP. Dan beliau kini mencatat sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang memenangi pelumbaan MotoGP ini.





Kejayaan menjuarai Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring semalam, 17 Julai 2016 merupakan untuk yang kedua kalinya selepas kejayaan sulungnya dalam perlumbaan MotoGP Gran Premio Motul de la Republica Argentina yang berlangsung di Litar The Termas dde Rio Honda Circuit pada 3 April Lalu.

Beliau turut berjaya menjadi saingan sengit kepada penunggang Leopard Racing dari Itali, Andrea Locatelli yang meraih tempat kedua manakala Enea Bastianini dari pasukan Gresini di tempat ketiga.

"Saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk saya, tetapi di sini (Jerman) sedikit sukar buat saya, banyak drama saya alami dan saya terselamat daripada terjatuh" katanya yang menjadikan Marc Marquez sebagai inspirasi.

Kedudukan Khairul Idham Pawi ketika ini dalam kategori Moto3 ialah di tempat yang ke-10, dengan mengumpul sebanyak 54 mata. Perjuangan beliau akan diteruskan lagi dalam baki sembilan perlumbaan dan paling dinanti-nanikan ialah perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada bulan Oktber akan datang.

Semoga sekali lagi bendera Malaysia dikibarkan di pentas dunia.


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016