Pergerakan Puteri Umno Semporna berpegang teguh pada IKRAR PUTERI


 Pautan daripada 'Facebook' Ketua Penerangan Pergerakan Puteri Umno Malaysia





Sabah, 18 Julai 2016

Haryaty Hamdzah telah memuat naik satu 'post' berkaitan dengan Puteri Umno Semporna dengan tajuk :


Ahli Yang Setia Parti, Puteri. 


Saya berkesempatan berjumpa dengan Zakiah Kalipunya - Ketua Puteri UMNO Semporna tempoh hari. Dalam berdepan dengan kemelut dan dilema antara menyokong pemimpin ataupun parti dalam Bahagian Semporna, Ketua Puteri UMNO merupakan satu-satunya sayap yang memilih untuk setia kepada parti. Usia Puteri UMNO baru 15 tahun namun ahlinya masih mampu berfikir secara rasional dalam membuat keputusan getir sebegini. Puteri UMNO bijak untuk menilai erti perjuangan sebenar menggunakan pengalaman, ilmu pengetahuan dan penilaian melihat gelagat kepimpinan dalam parti. Kenyataannya tegas dan berprinsip. Hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Walaupun tahu akan risiko berhadapan dengan kelompok yang akan menuduhnya dengan pelbagai tohmahan, namun beliau tabah dan yakin dengan keputusan berjemaah yang diputuskan secara bersama dengan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Semporna. Beliau tidak bersendirian.
Sesungguhnya saya merasa bangga dan kagum dengan Zakiah. Selayaknya dia dicontohi, jati diri tinggi, bersemangat menjaga parti dan berani membuat keputusan bukan hanya untuk dirinya, tetapi untuk organisasi.
Jika orang lama dalam parti menunjukkan contoh yang kurang elok, usah diikuti. Tidak kurang juga pemimpin-pemimpin UMNO yang sempurna kesudahannya, teladanilah mereka.
Patah tumbuh hilang berganti...

Ini terbukti Puteri Umno Semporna berpegang teguh dengan Ikrar Puteri dimana telah tertulis
* Tanpa diskriminasi antara kita *


Kami Puteri UMNO berikrar : 
Kamilah Puteri Pejuang | Besatu berpadu menempuh halangan | Puteri prihatin harapan bangsa | Berjuang mempertahan pertiwi merdeka | Kamilah Puteri Tiang Negara | Pemangkin aspirasi wanita muda | Tanpa diskriminasi antara kita | Niat kian ikhlas pengukuh jiwa | Kamilah Puteri Pewaris Bangsa | Pemelihara agama juga budaya | Berilmu, beramanah, telus dan setia | Bertanggungjawab berhati mulia | Kami memohon pada Yang Satu | Agar perjuangan mendapat restu | Ayuhlah mara Puteri UMNO ku | Ke mercu kecemerlangan yang kita tuju

Kini terbukti Puteri Umno Semporna yakin dengan pucuk kepimpinan Umno.


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016