Orang Muda TOLAK DADAH

Dadah adalah satu ancaman kepada negara kita Malaysia. Banyak faktor penyalahgunaan dadah antaranya ialah masalah keluarga, masalah kewangan, masalah cinta dan sebagainya. Namun begitu kerajaan Malaysia prihatin memerangi NAJIS DADAH ini. 




Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan kerajaan akan menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menjayakan usaha memerangi dadah, dan memberi komitmen untuk menjayakan Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak berkata akan  berganding bahu dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memperkasakan "KEMPEM BENCI DADAH " dan memastikan mesej benci dadah ini benar-benar sampai pada golongan sasar selari dengan komitmen serta kesungguhan Timbalan Menteri yang mengisytiharkan 2016 sebagai tahun memerangi dadah, disusuli pengumuman jihad benci dadah.

"Dadah adalah musuh bersama dan semua pihak perlu mengambil peranan untuk memeranginya, usaha ini tidak boleh semata-mata disandarkan kepada Kementerian Dalam Negeri sahaja, kita akan berganding bahu bagi memperkasa kempen benci dadah. Kempen terdahulu berjaya tetapi disebabkan ancaman dadah sudah berubah dan menjadi kompleks, kerajaan perlu menampilkan kempen yang berbeza ", katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Angkasapuri.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016