Dekat Je: Ber 'scuba' bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Damai Resort, Pulau Tioman, Pahang

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati berjaya mendapatkan 'selfie' di dalam air
Tioman, 20 Julai 2016 - Telah berlangsungnya program 'Muslimah Divers' yang dijayakan oleh kerjasama Scubatex, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Putrajaya), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Pahang) - Dato Hj Idros Yahya, Tenaga Pengajar Menyelam dari RAID, Wakil Krew Media RTM (3J), Wakil Majalah Gaya Travel, dan Damai Tioman Resort.

Program yang diberi nama 'Muslimah Divers' ini berjalan selama 3H 2M bertempat di Damai Tioman Resort, Pulau Tioman, Pahang. 

Dalam program ini, YB Hajjah Mas Ermieyati Hj Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia juga berjaya menamatkan kursus menyelam dan telah dianugerahkan sijil menyelam dari RAID.

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Haji Samsudin menyelam bersama pengasas Scubatex, Hajjah Mastura

Program ini dianjurkan bagi membuka mata masyarakat bahawa wanita juga boleh menceburi aktiviti menyelam ini tanpa ada keraguan mengenai batas dan aurat wanita atau dalam bahasa lain dengan cara yang menepati syariat.

Melalui Scubatex, peminat 'scuba' boleh mendapatkan pakej menyelam dengan harga yang berpatutan. Dan tenaga pengajar di Scubatex adalah yang diyakini berpengalaman. Scubatex boleh di hubungi di laman sosial Facebook atau klik disini untuk carian pantas.


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menerima baju menyelam yang direka khas oleh Scubatex


YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Haji Samsudin menerima sijil menyelam yang diperakui oleh RAID

Pengalaman bergambar bersama 'banner' di dasar laut Tioman

YB Datuk Mas Ermieyati bergambar bersama pengasas Scubatex, Hajah Mastura dan tenaga pengajar khas YB Datuk, Cikgu Nurul. Mereka turut bergambar bersama 'gear' yang direka khas untuk beliau yang berwarna pink. 

Selain daripada menyelam, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti lain seperti berkayak, snorkelling, jungle trekking dan sebagainya. Pendek kata, anda tidak akan jemu dan bosan apabila berada di Pualau Tioman, Pahang.

Pengunjung yang berminat boleh mendapatkan maklumat perjalanan ke Pulau Tioman di laman sesawang Tourism Pahang atau klik disini untuk maklumat lanjut. 








Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016