'Mengeratkan Silaturrahim' Tema Rumah Terbuka MOTAC 2016



MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI MOTAC 2016

Mengeratkan Silaturrahim

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2016 - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri MOTAC pada 20 Julai 2016 bersamaan dengan hari Rabu di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur mulai jam 4.00 petang hingga 7.00 malam.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hadir ke majlis tersebut. Turut sama, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, YBhg. Datuk Hj. Ab. Ghaffar A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), YBhg. Datuk Rashidi Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Dr. Junaida Lee Abdullah serta Ketua-Ketua Pengarah agensi-agensi di bawah MOTAC dan pegawai-pegawai kanan MOTAC.


Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan pihak industri, pihak media, badan bukan kerajaan serta semua pihak yang sama-sama berperanan dalam meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan sektor pelancongan dan kebudayaan Negara seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan kedua-dua sektor ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih seribu tetamu termasuklah para pelancong asing yang mengunjungi MaTiC.



Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016