DAKWAAN PAS: KONSERT SELENA GOMEZ BOLEH MEROSAKKAN AQIDAH PENONTON

Sumber gambar: freemalaysiatoday



Putrajaya, 19 Julai 2016 - Semua permohonan konsert yang dianjurkan oleh pihak luar, akan masuk melalui Jawatankuasa PUSPAL (Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Persembahan Filem dan Persembahan Artis Luar Negara) yang diurusetiakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang berfungsi untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan penggambaran filem dan Persembahan Artis Luar Negara (ALN).

Dan untuk makluman, terdapat wakil dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dalam Jawatankuasa tersebut yang akan menasihatkan dari sudut pandangan Islam. Manakala, penglibatan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia adalah memberi khidmat nasihat, memantau dan menyelaras dari sudut promosi.

Jadi, dari sudut pandangan bahan kerajaan yang mempromosi, jika sesuatu permohonan itu sudah diperolehi dari PUSPAL, bermakna ianya tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa ini. Saya percaya, Jawatankuasa PUSPAL akan menjalankan tanggungjawab sewajarnya jika sesuatu penganjuran itu melanggar tatacara yang ditetapkan.

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Haji Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia




Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016