Guru Ka, Cikgu Ka, Tenaga Pengajar Ka? BACA NI

OGOS 15, 2016 (ISNIN): Pada hari ini ramai guru-guru baru yang di'posting'kan ke sekolah-sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada mereka. RP mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut. 



Malah pada hari ini juga merupakan hari pertama guru-guru baru berada di sekolah masing-masing, dan sudah pasti akan diperkenalkan kepada guru-guru lain, dibawa 'tawaf' satu sekolah dan macam macam lagi. Tidak mustahil ada guru guru baru sudah bermula mengajar pada hari ini dan berkenal-kenalan dengan para pelajar. Semoga berjaya RP ucapkan.


RP yakin, guru guru baru ini pasti sudah tahu bagaimana untuk mengendalikan kelas, menguruskan urusan pelajar-pelajar mahupun membijakkan diri dalam menjawab persoalan-persoalan para pelajar walaupun mungkin kadang-kadang soalan yang diajukan tidak relevan sama sekali. Senang cerita, guru guru ini perlu mempersiapkan diri 100% dalam dunia perguruan. Tiada keluhan, tiada cacian. Ingat, tanpa seorang guru, tak akan lahirnya kamu seorang guru. 



Tidak dinafikan, zaman kita dahulu dengan zaman sekarang amat jauh berbeza. Lihat sahaja gambar sudah cukup memadai untuk difahami. TETAPI, kena diingatkan, bukan semua ibu bapa pelajar bersikap seperti yang dinyatakan di dalam gambar. Masih ramai lagi ibu bapa yang boleh berfikir dengan jelas dan tidak semestinya akan menyebelahi anak anak sahaja. Hal ini kerana, mana mungkin seorang guru benar benar bertindak 'kejam' sekiranya tiada apa-apa yang berlaku, melainkan jika guru tersebut mempunyai masalah sendiri. Bukan begitu? Jadi, nasihat kepada guru guru baru, jangan mudah terpedaya dengan sebarang 'masalah' yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak, tingkatkanlah sifat sabar dalam diri seorang guru.


Generasi muda merupakan tunggak utama kepada negara. Guru memikul tanggungjawab dan amanah untuk mendidik generasi muda supaya menjadi pewaris negara yang berketrampilan. Sebagai kesimpulan, guru harus mendidik anak anak murid dengan adil dan saksama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa serta tidak mengira penempatan yang ditetapkan. 




Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016