Kenyataan Bekas Mufti Jordan TERHADAP Najib


Prof Dr Amin Mohammad Sallam Al Manasyeh, bekas mufti Jordan

KUALA LUMPUR, 14.08.2016 – “Saya berpendapat jika Allah memberi beliau (Najib) masa, beliau akan terus memajukan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara terbaik di dunia. Itu yang saya fikir tentang beliau,” kata Prof Dr Amin Mohammad Sallam Al-Manasyeh.

Mengikut satu laporan sebuah portal, Dr Amin mengakui Perdana Menteri mampu memimpin Malaysia menjadi salah sebuah negara terbaik di dunia dan perlu sentiasa mematuhi ajaran al-Quran dan sunnah.

Kami solat hajat bersama, saya harap Allah terima doa saya. Kita cuba, Allah yang memperkenan, kita serahkan segala-galanya kepada Allah,” katanya.

Dalam pertemuan dengan Najib dan beliau sempat berbincang pelbagai isu selain turut bersama-sama menunaikan solat hajat untuk memelihara rakyat dan kesejahteraan Malaysia.

Tambah Pakar al-Quran dan hadis itu lagi, selama enam hari di Malaysia, beliau turut mengakui Perdana Menteri merupakan seorang mukmin.

Penasihat syariah sebuah syarikat milik Malaysia, Dubaiz Islamic Concept Sdn. Bhd. itu berkata, beliau sangat menyukai Malaysia.

Dr. Amin yang memiliki tiga doktor falsafah dan tiga ijazah sarjana itu berkata, negara ini adalah sebuah negara yang berkembang maju dan lebih moden daripada kebanyakan negara di Timur Tengah termasuk Jordan.

Rakyat Malaysia, katanya, kuat bekerja dan mempunyai kehidupan yang lebih baik.
“Saya suka Malaysia, suka orang-orang di negara ini. Mereka baik dan cukup bermurah hati,” katanya yang juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob beberapa hari lepas selain menziarahi rakan dan pelajarnya di Malaysia.

Terdahulu, Dr. Amin yang merupakan bekas Mufti Jordan selama 23 tahun dan pernah dilantik sebagai Mufti di Philadelphia dan New York di Amerika Syarikat itu juga merupakan Ketua Lujnah Pembanterasan Fahaman Syiah Jordan, mantan Imam Talaqqi Masjid Nabawi dan profesor di Universiti Mu’tah dan Universiti Jordan.


Sumber : Utusan Online (15 Ogos 2016)

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016