Rakyat Berdoa Untuk Malaysia

DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR, 13 OGOS 2016: Qasidah demi qasidah dilantunkan oleh para hadirin yang membanjiri Program Doa Untuk Malaysia bersempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini.



Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Zahid Hamidi dan ditampilkan lagi dengan penampilan Habib Syech Abdul Qodir Assegaf, Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid, Kumpulan Al Mawlid dan Kumpulan In Team.


Program ini dimulakan dengan solat Isya' berjemaah, Solat Hajat berjemaah dan diteruskan lagi dengan Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sekaligus dengan tausiyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin dan doa doa untuk Malaysia.



Kemeriahan ini turut dikongsi bersama dengan kehadiran pelancong luar negara tidak kira seagama atau berlainan agama. Juga dihadiri oleh beribu rakyat Malaysia tidak kira dari Semenanjung Malaysia mahupun Sabah Sarawak. Program ini merupakan program tahunan sejak 3 tahun yang lalu dan telah diadakan bersempena bulan kemerdekaan.










Program Doa Untuk Malaysia ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Zahid Hamidi dan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu negaraku berserta dengan Takbir sebanyak 3 kali dan laungan merdeka bergema sebanyak 3 kali.







Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016