RIO 2016 | BADMINTON : Jaguh China kecundang, Chong Wei Mara ke final


Lee Chong Wei, pemain badminton negara akhirnya berjaya mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan dari China dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki yang telah berlangsung di Rio De Janeiro sekitar jam 9 malam (19.08.2016) waktu tempatan.

Juara Olimpik dua kali itu berjaya ditewaskan oleh Lee Chong Wei, pemain nombor satu dunia ketika ini dengan mencatat keputusan 15-21, 21-11, 22-20 dalam perlawanan yang sungguh mendebarkan.

Perlawanan ini yang merupakan perlawanan ketiga kedua-dua mereka bertemu di Olimpik, selain daripada pertemuan di final pada Olimpik 2008, Beijing dan 2010 di London.

Kemenangan Lee Chong Wei ini telah membawa beliau untuk beraksi di final menentang satu lagi pemain China, Chen Long setelah menang dalam perlawanan separuh akhir menentang Viktor Axelsen dari Denmark.


Perlawanan akhir perseorangan lelaki dijangka akan berlangsung pada hari ini, Sabtu (20.08.2016) jam 8.20 malam.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016