Rio 2016 | 6 Atlet Kacak dan Sukan Yang Diceburi


Olimpik Rio 2016 yang sedang berlangsung dan mendapat liputan seluruh dunia ini pastinya menggamit dan menarik perhatian ramai penonton dari pelbagai kelompok umur. Ada yang mengikuti sukan ini hanya untuk melihat atlet kegemaran mereka bertanding dan ada yang memang sudah lama mengikuti sukan ini sejak dahulu lagi.

Bagi yang baru pertama kali menyaksikan sukan ini sudah pastinya anda tertarik melihat atlet-atlet yang bertanding. Kebanyakan atlet memiliki badan 'sado' dan rupa yang kacak. Berikut adalah antara 10 atlet kacak yang bertanding di Olimpik Rio 2016

#1 | TOM DALEY

Sumber: Instagram Atlet


Tom Daley atau nama sebenar beliau Thomas Robert Daley lahir pada 21 Mei 1994 dan beliau adalah atlet terjun mewakili negara Great Britain. Selain itu, beliau juga merupakan seorang personaliti tv (Splash!). Daley merupakan atlet 10-meter papan anjal dan dia merupakan Juara Dunia FINA 2009 dan ketika itu beliau hanya berumur 15 tahun. Karier beliau bermula ketika beliau hanya 7 tahun. 

# 2 | AZIZULHASNI AWANG

Sumber : Podiummg.com

Mohammad Azizul Hasni bin Awang dilahirkan pada 5 Januari 1988 dan merupakan seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Beliau terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia, Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Dia digelar the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul Hasni merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.

#3 | ALEX NADDOUR

Sumber : Instagram Atlet


Alex Naddour atau nama penuh beliau Alexander Naddour adalah atlet gimnastik artistik dan berkelahiran Amerika Syarikat. Beliau berumur 25 tahun (4 Mac 1991). Beliau dan pasukan gimnastiknya adalah pemenang pingat gangsa di Kejuaraan Gimnastik Artistik Dunia pada tahun 2011. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang bayi perempuan yang sangat comel.

# 4 | MAX WHITLOCK

Sumber : Instagram Atlet

Atlet gimnas yang lahir di England ini telah dilahirkan pada 13 Januari 1993 dan kini berusia 23 tahun. Beliau merupakan juara 5 kali pingat di Sukan Olimpik. Kariernya yang bermula pada usia 7 tahun apabila dikenalkan oleh kawannya kepada seorang gimnas. Max telah memenangi banyak pingat bukan sahaja di Sukan Olimpik malah di temasya sukan yang lain seperti Sukan Commonwealth, Kejuaraan Eropah dan banyak lagi.

# 5 | MARCELO CHIERIGHINI

Sumber : Instagram Atlet

Marcelo Chierighini adalah perenang dari Brazil yang berumur 25 tahun (15 Januari 1991). Beliau yang gemar di panggil 'Lilo' dalam kalangan rakan-rakannya merupakan antara perenang terbaik Brazil dan pernah memenagi pingat gangsa di Kejuaraan Renang FINA 2010 di Dubai. 

# 6 | TAN WEE KIONG

Sumber : Victor.com

Beliau dilahirjan di Tangkak, Johor pada 21 Mei 1989 dan merupakan pemain badminton Malaysia dalam acara beregu lelaki. Sebelum bergandingan dengan Goh V Shem, beliau digandingkan bersama Hoon Thien How dan pernah mencapai kedudukan dunia yang ke 7. Pada tahun 2014, beliau digandingkan bersama Goh V Shem dan telah meraih pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014 dan pingat gangsa dalam Sukan Asia 2014.




Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016