Rahsia Pada Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum WBT muslimin muslimat diredhai ALLAH SWT. Terlebih dahulu, admin memohon ditegur sekiranya mempunyai kesalahan di dalam merungkai surah Al-Kahfi ini. 
                    Image result for merungkai surah al kahfi
Surah Al-Kahfi (سورة الكهف)  adalah surat ke-18 dalam Al-Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat  dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab: Gua) dan Ashabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya demi menjaga mereka daripada fitnah-fitnah dunia pada zaman mereka. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. 

Isi kandungan surah ini amat mendalam maksudnya, di mana terdapat dasar keimanan, hukum-hukum, pelbagai kisah dan beberapa lagi pengajaran lain. 

1. KEIMANAN: Kekuasaan ALLAH SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan ALLAH tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah ALLAH sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan; Al-Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.

2. HUKUM-HUKUM: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca 'inshaAllah', perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; keizinan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.

3. KISAH-KISAH: Cerita Ashabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.

4. DAN LAIN LAIN: Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antara ialah mengenai kekuatan iman terhadap ALLAH SWT serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara. 


Malah, kita sebagai umat islam juga amat digalakkan untuk membaca surah al-kahfi ini pada setiap hari jumaat. Surah al-kahfi ini amat membantu kita di akhirat kelak. Sekiranya kita tidak mampu untuk membaca keseluruhan surah tersebut, sekurang-kurangnya kita membaca 10 ayat pertama dan juga 10 ayat terakhir. Hal ini berdasarkan hadis hadis ini;

Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, 
dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, 
maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." 
(Hadis Riwayat Ahmad)


Dan untuk pengetahuan umum, pada pertengahan Surah Al-Kahfi ini, pada ayat ke-50, ALLAH SWT menyatakan iblis sebagai makhluk yang membangkitkan fitnah,

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.


Walau kita tidak sebaik mana, sentiasa punyai kealpaan terhadap duniawi, tetapi semoga kita berusaha untuk menjadi hamba ALLAH yang sentiasa takutkan akhirat dan seksaan api neraka. Dan semoga kita terpelihara daripada Dajjal Al-Masih termasuk juga daripada Ya'juj dan Ma'juj. Aamiin Ya Rabb Al Aamiin.

sumber: wikipedia

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016