Aplikasi Whatsapp Bakal Mempunyai Emoji Bertudung

Rakan Puteri menyokong usaha Miss Rayouf Alhumedhi dalam usaha mencadangkan pihak aplikasi Whatsapp untuk meletakkan emoji wanita bertudung ataupun memakai skaf ke dalam aplikasi tersebut. Walaupun baru berusia 15 tahun, gadis yang menetap di Berlin itu bersuara dan mengeluarkan satu kertas kerja yang bakal menambahbaikkan aplikasi tersebut. 

(Emoji yang disertakan dalam kertas cadangannya direka oleh Aphelandra Messer. pereka grafik bebas di Nebraska, Amerika Syarikat)
Sememangnya admin pasti ramai muslimah muslimah di luar sana berkata bahawa mereka juga pernah merasakan perkara yang sama. Tetapi bagi admin, kita jangan hanya mengeluarkan kata-kata tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Di sini, Miss Rayouf Alhumedhi berjaya membuktikan kepada kita bahawa setiap apa yang kita rasakan perlu disuarakan, kita kena berusaha dalam melakukannya. Buktinya, beliau hanya gadis muda yang biasa tetapi mampu menyediakan kertas kerja untuk melengkapkan lagi emoji emoji yang terdapat di dalam aplikasi ini.

Lebih menjayakan, kertas cadangannya yang dikongsi di Reddit meraih tumpuan ramai sehingga mendapat sokongan pengasas bersama laman sosial @ aplikasi tersebut, Alexis Ohanian. Status Miss Rayouf di Reddit berbunyi "Betapa ramai wanita yang bertudung hari ini, sekurang-kurangnya ada satu tempat untuk mereka di papan kekunci emoji tersebut" yang juga merujuk kepada dirinya sendiri sebagai muslimah yang bertudung.

Malah, beliau berpendapat bahawa, bukan hanya penganut beragama islam sahaja yang mengenakan tudung mahupun skaf, ada juga agama lain yang menggalakkan penganut mereka untuk menutup kepala selain daripada agama Islam yang mewajibkan penganutnya menutup kepala. Lebih-lebih lagi, pada masa kini, berskaf juga merupakan salah satu fesyen yang diminati ramai wanita. Jadi, beliau yakin memang perlu ada emoji bertudung di dalam aplikasi media sosial Whatsapp itu.

Sumber dari Astro Awani.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016