Bahagian Sekijang telah bersiap sedia dan hanya menunggu loceng dibunyikan sahaja

SEKIJANG, 28 Sept – Ketua UMNO bahagian Sekijang, Datuk Baharom Mohamed bahawa UMNO tidak  memandang rendah penubuhan parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya jentera UMNO Sekijang akan berusaha sebaik mungkin dalam pilihan raya umum akan datang.

Serentak itu beliau berkata perkara berkenaan akan dipantau dan pada masa yang sama UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sekijang akan terus memperkemaskan lagi jentera parti dalam usaha memastikan kemenangan BN.

“Kita di bahagian Sekijang telah bersiap sedia dan hanya menunggu loceng dibunyikan sahaja. Namun bagitu kita sentiasa membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Beberapa pertemuan dan pelbagai pelaksanaan lain telah dilaksanakan bersama jentera setempat bagi melicinkan lagi perjalanan jentera parti.
“Insya Allah kita telah bersedia dan pada mas ayang sama kita akan turut melihat pengalaman sistem yang digunakan di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini untuk digunakan dalam PRU 14 kita yang akan datang,” katanya kepada UMNO-Johor.
Dalam perkembangan lain, Baharum turut menegaskan perkembangan politik terkini yang membabitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang di dalam parti.
“Kita sependapat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin… walaupun berdukacita dengan apa yang berlaku tetapi tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang dan bersama dalam UMNO.
“Pemimpin boleh datang dan pemimpin boleh pergi tetapi organisasi UMNO itu sendiri mesti dipertahankan. Kami tidak boleh menerima pemimpin atau bekas pemimpin parti yang bagitu ‘allergic’ dengan parti pembangkang semasa berada didalam parti namun kemudiannya tiba-tiba berubah hala bersengkongkol dan mahu menghancurkan organisasi UMNO.
“Sanggup menubuhkan parti baru dan berganding bahu dengan parti-parti pembangkang yang lain untuk merobohkan UMNO dan Barisan Nasional.Insya Allah kita di Johor ini mempunyai banyak sejarah untuk dipelajari,” katanya.


sumber:umno-johor

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016