Meriahnya CITRAWARNA KL 2016
PERTUNJUKKAN BUNGA API
Citrawarna 2016 kini kembali dengan Mitos dan Cerita Rakyat. Tema yang membawa penonton memahami dan menghayati perjalanan legenda dan cerita Malaysia.
Citrawarna pada tahun ini menggunakan perarakan kereta berhias dan drama tarian sebagai konsep utama menepati konsep untuk tema festival ini.
Kemuncak acara adalah penyerahan watikah Citrawarna@KualaLumpur 2016 dalam majlis perasmian festival itu kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Penyerahan Watikah Citrawarna@kualaLumpur 2016 |
Uniknya Citrawarna@KL 2016 kali ini adalah persembahan dari setiap negeri seperti Puteri Gunung Ledang, Merong Mahawangsa, Lagenda Cik Siti Wan Kembang dan banyak lagi termasuk cerita dari Sabah dan Sarawak dan tidak lupa juga cerita-cerita dari budaya Cina dan India.
Persembahan mengikut negeri:
Kedah - Hikayat Merong Mahawangsa
Pahang - Lagenda Tasik Chini
Selangor - Upu Chendera
Negeri Sembilan - Lata Kijang (Sang Kelembai)
Johor - Puteri Gunung Ledang
Terengganu - Bukit Puteri (Ulik Mayang)
Melaka - Hang Tuah 5 Bersaudara
Perlis - Jentayu
Kelantan - Cik Siti Wan Kembang
Pulau Pinang - Iktisyaf (Pertemuan)
Perak - Puteri Limau Purut (Anak Panah Perak)
Sabah - Huminodun (Puteri Nabahu)
Sarawak - Tugau
Antara persembahan menarik yang memukau dan menarik perhatian pengunjung adalah dari komuniti Orang Asli Perak dengan Anak Panah Perak.
Selain daripada itu, festival ini juga menyediakan tempat untuk usahawan tempatan mengetengahkan produk mereka. Ternyata produk 'local' mendapat sambutan baik daripada kalangan pengunjung.
LanBaharin |
Teratak Spa |
Cenderamata Citrawarana@KL 2016 |
Produk Wangian dari Josh Lee |
Che Din Food |
Festival yang menggunakan hashtag #Citrawarna2016 dan #CitrawarnaKL2016 itu ternyata berjaya menggamit ribuan pengunjung hadir bagi memeriahkan majlis.
Antara pengunjung yang hadir pada malam kemuncak Citrawarna KL 2016 |