'Throwback' Ceritera Festival Wanita Muda
Satu negara sudah sedia maklum pada 24hb September lalu yakni hari Sabtu, berlangsungnya satu Festival besar-besaran yang diadakan di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur telah menjadi buah mulut tanpa henti oleh pelbagai golongan termasuk juga menjadi sebutan saudara kita di Negara ASEAN yang lain. Festival Wanita Muda. Sesuai dengan nama, Festival Wanita Muda ini dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin di mana beliau lebih gemar Puteri-Puteri UMNO dari seluruh negara ini menggelarkan diri beliau sebagai Kak Emy. Berbalik kepada jayanya festival ini, Rakan Puteri berjaya dengan sedikit sebanyak mengumpulkan reaksi maklum balas yang mencuit hati daripada tetamu yang hadir ke Festival tersebut.
Rakan Puteri merakamkan sedikit sebanyak gambar gambar dan 'caption caption' yang dimuat naik oleh tetamu tetamu mahupun pengunjung pada hari Festival Wanita Muda tersebut berlangsung. Mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengimbas kembali kemeriahan yang dikongsi pada festival itu di samping kita menghargai usaha usaha kesemua ahli jawatankuasa yang terlibat termasuk usaha para pengunjung untuk menghadirkan diri ke festival ini.
Sebelumnya, Rakan Puteri terlebih dahulu memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak senang hati dengan tindakan Rakan Puteri ini, sekali lagi dinyatakan bahawa semua gambar gambar ini didapati secara carian menerusi hashtag Festival Wanita Muda (#FestivalWanitaMuda).
Untuk pengetahuan sahabat Rakan Puteri, gambar gambar ini tidak terkecuali dengan gambar gambar yang dimuat naik oleh pemimpin lain seperti Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Malah, atlet negara seperti Azizul Hasni Awang turut memuat naik gambar beliau ke laman mukabuku beliau sebagai tanda kegembiraan beliau. Termasuk juga para usahawan usahawanita yang mendirikan booth sepanjang festival ini turut tidak lupa mempromosikan kejayaan mereka. Dan akhirul kalam, para pengunjung yang tiada hentinya melakarkan senyuman sepanjang keberadaan di festival ini turut berkongsi keceriaan wajah mereka di laman mukabuku masing masing.