RM4.7j bantu jaya Tuisyen Rakyat


JASIN: Puteri UMNO membantu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjayakan Tuisyen Rakyat bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar pedalaman.

Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarikh Khan, berkata kementerian itu menerima dana kira-kira RM4.7 juta bagi menganjurkan program berkenaan di seluruh negara tahun ini.

Katanya, lebih 16,000 pelajar mendapat manfaat dari program yang bersama-sama Yayasan Pelajaran MARA.

"Tuisyen ini khas untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana dari luar bandar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Setakat ini, Puteri UMNO membantu memilih kira-kira 100 murid Tahun Enam yang akan menduduki UPSR dan pelajar Tingkatan Lima bagi SPM dari 160 kawasan Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ziarah Puteri Peduli di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tehel di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan EXCO Kesihatan, Sukan dan Antidadah negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Ng Choon Koon dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin, Suzalipah Md Lan.

Zahida berkata, kelas bimbingan akademik percuma itu akan menumpukan beberapa subjek teras dalam UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan juga Sejarah bagi SPM.

Sumber : BH

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016