Misi Kembara Srikandi Prihatin ke Gunung Elbrus, Rusia



Bermula dengan sebuah pertemuan di antara pihak Persatuan Kembara Negara (PKN) bersama Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Putrajaya..


Niat PKN untuk mendapatkan bantuan pihak MOTAC berakhir dengan pinangan agar diberikan peluang dan ruang untuk wakil Puteri UMNO Malaysia mengikuti Misi Kembara Srikandi Prihatin..

Hampir 50 resume dihantar kepada pihak Puteri UMNO Malaysia dan berminat untuk menyertai misi ini.. Namun..

Peringkat 1 : Hanya 15 orang berjaya dan terpilih untuk melalui Ujian Kecergasan 
Peringkat 2 : Hanya 10 orang berjaya dan terpilih untuk ditemuduga
Peringkat 3 : Hanya 4 orang berjaya dan terpilih untuk melalui Saringan Kesihatan
Peringkat Akhir : 2 orang dipilih untuk mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Tahniah buat Nurul Shamsuddin (Puteri UMNO Kuala Selangor) & Azmin Nir (Puteri UMNO Shah Alam) yang berjaya melepasi semua ujian dan akan mewakili Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengikuti Misi Kembara Srikandi Prihatin ke Gunung Elbrus, Rusia..

Tahniah juga buat semua pendaki yang lain termasuk Myra Zulkifli, Renee Aziz Ahmad, Dila Abdul & Niey Mohd Pilus!

Tahniah buat our boss YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang tidak pernah jemu untuk melahirkan ikon wanita muda Malaysia dari pelbagai bidang samada di peringkat Nasional mahupun Antarabangsa.. 

Terima kasih buat Tan Sri Khalid Yunus, Presiden Persatuan Kembara Negara dan sahabat-sahabat PKN yang membantu dari awal sehingga ke hari ini.. Terima kasih juga buat semua para penaja yang membantu bagi merealisasikan misi ini..

Semoga keenam-enam pendaki wanita ini akan berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Elbrus dan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Puteri Peduli pada 31hb Ogos 2017 nanti..

Selamat maju jaya buat semua.. Kami seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar perjalanan dan pendakian semua pendaki akan berjalan dengan lancar.. Selamat pergi dan kembali semula ke tanahair dengan kejayaan buat #NegarakuMalaysia, In Shaa Allah..

#MisiKembaraSrikandiPrihatin
#PuteriPeduli
#60TahunMerdeka
#Negaeaku
#SehatiSejiwa

Nor Hazreena Mohamad Hashim
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Pengerusi Biro Antarabangsa & Pendidikan Tinggi

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016