Solekan gaya 'Indonesian doll'

Foto : Aziah Azmee

SELAIN busana pengantin yang menjadi perhatian ratu sehari, solekan turut diberi keutamaan bagi memastikan penampilan lebih berseri ketika meraikan hari bahagia.
Kebelakangan ini, solekan ala Indonesian doll menjadi pilihan kebanyakan pengantin kerana mempamerkan penampilan lebih lembut.

Jurusolek bebas, Nurul Anis Shahida Abdul Aziz berkata, solekan jenis ini mendapat permintaan daripada ramai bakal pengantin yang mahu tampil berbeza pada hari persandingan mereka.

Ia menjadi pilihan kerana mampu menambahkan impak seri luar biasa terutama apabila wajah dirakamkan lensa kamera.

Tumpuan bahagian mata

"Teknik solekan ini memberikan tumpuan kepada bahagian mata dan pipi pengantin yang akan menyerlahkan lagi penampilan wajah.

"Warna yang digunakan di bahagian mata lebih semula jadi manakala bahagian pipi diserlahkan lagi dengan penggunaan pemerah pipi warna terang seperti merah jambu.

"Gincu bibir menggunakan warna semula jadi dan lembut bagi menyerlahkan lagi solekan di bahagian mata," katanya.

Kesan berbeza

Nurul Anis berkata, sememangnya bahagian mata banyak memainkan peranan apabila mengenakan solekan jenis ini.

Katanya, dua lapisan bulu mata dikenakan untuk menambahkan ketebalan pada bahagian berkenaan, sekali gus memberikan kesan berbeza pada bahagian berkenaan.

Menyerlahkan penampilan solekan gaya Indonesian doll ini adalah penggunaan anak tudung daripada kain renda yang digayakan bersama tudung daripada jenis kain organza.

Langkah demi langkah

1.  Mulakan dengan solekan bahagian mata menggunakan pembayang mata berwarna gelap.

2.  Solekan ini lebih menumpukan bahagian pipi di sekitar bawah mata. Gunakan pemerah pipi warna terang seperti merah jambu untuk menyerlahkan lagi solekan.

3.  Buat sedikit kontur di bahagian hidung untuk menampakkan lebih tirus dan mancung.

4.  Gunakan dua lapisan bulu mata palsu untuk menampakkan bulu mata lebih tebal.  
     Kemaskan bahagian bawah bulu mata dengan maskara supaya nampak lebih menyerlah.

5.  Oleskan bibir dengan gincu warna lembut.

Info
Solekan Indonesian doll
* Lebih menumpukan bahagian mata dan pipi.
* Biasanya menggunakan dua lapisan bulu mata palsu untuk menampakkan bahagian ini tebal.
* Solekan mata dan bibir menggunakan warna lebih semula jadi.
* Bahagian pipi biasanya menggunakan warna lebih terang.

Sumber : BH

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016