JKKK Perlu Sebar Inisiatif Kerajaan, Manfaatkan Untuk Kebaikan Masyarakat – Najib


SERDANG,– Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin akar umbi di kampung memainkan peranan lebih hebat dalam menyebarluaskan setiap inisiatif yang diumum dan dilaksanakan kerajaan yang membawa faedah kepada masyarakat di luar bandar.

Perdana menteri berkata selain itu, pemimpin masyarakat seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga perlu berfikir dan bertindak di luar kebiasaan merangka strategi memanfaatkan inisiatif yang diumum kerajaan untuk kebaikan masyarakat setempat di kawasan masing-masing.
Beliau berkata pengenalan inisiatif Digital Ekonomi dan MyFarm Outlet perlu dipergunakan sebaiknya oleh pemimpin tempatan untuk tampil dengan kaedah atau pendekatan lebih berdaya saing dan selari dengan perkembangan semasa agar masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada ledakan pembangunan.
“Jadi, sikap ‘meminta projek’ yang jadi antara amalan JKKK setiap kali pemimpin kerajaan turun kawasan perlu diubah sebaliknya berfikir di luar konvensional bagaimana untuk memperluaskan Digital Ekonomi kepada penduduk kerana pasaran e-dagang yang luas berupaya melonjak pendapatan dan taraf hidup
masyarakat luar bandar.
“Sebagai kepimpinan akar umbi dalam struktur kerajaan di kampung-kampung, JKKK seharusnya lebih inovatif mengoptimumkan peluang yang disediakan kerajaan berbanding hanya meminta projek setiap kali bertemu wakil rakyat atau menteri,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-UMNO ONLINE-

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016