Jalur Gemilang Berkibar di Rio De Janeiro, Brazil


Bendera Jalur Gemilang antara yang berkibar di Rio De Janeiro Sempena dengan Sukan Olimpik Rio 2016 yang sedang berlangsung di sana
Rio De Janeiro - Kontinjen Malaysia merupakan antara kontinjen yang telah berkampung di perkampungan sukan Brazil bersempena dengan Sukan Olimpik Rio 2016 yang berlangsung di Brazil. Kehadiran kontinjen disambut meriah dengan tarikan samba dan salsa yang di pertontonkan sempena pembukaan rasmi majlis tersebut.



Bendera Jalur Gemilang antara bendera yang dinaikkan di hadapan lebih kurang 30 atlet, jurulatih dan pegawai dari Malaysia serta turut berada dalam majlis yang sama adalah atlet dari Angola, Kanada dan Fiji. Lagu Negaraku berkumandang di saat Jalur Gemilang dinaikkan.



Kehadiran kontinjen Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid dialu-alukan oleh Pengaruh Perkampungan Sukan, Mario Cilenti. Tan Sri Mohamed Al Amin juga sempat menyerahkan cenderahati yang di bawa khas dari Malaysia kepada Mario Cilenti 

Atlet negara yang diketuai oleh Datuk Lee Chong Wei amat terharu dengan penghargaan dan sambutan majlis tersebut.

Dalam misi ini, Malaysia memburu pingat emas pertama di temasya sukan yang terbesar ini dan atlet Malaysia berentap di dalam 11 acara sukan yang akan bermula pada hari Jumaat ini.

Sumber: BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016