Mandat Dari Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sik

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin hadir merasmikan penutupan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Bahagian Sik Kedah pada 30 Julai tempoh hari.

Puteri UMNO Sik dibawah kepimpinan Datin Noraismah Md Mowar yang juga merupakan Ketua Puteri Bahagian yang pertama mengadakan Persidangan Puteri Bahagian pada tahun ini.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin didalam ucapan penutupan mesyuarat perwakilan telah menyampaikan mandat dan nasihat kepada seluruh perwakilan puteri yang hadir. Puteri UMNO perlu fokus dengan perkara yang lebih penting dengan gerak kerja yang lebih cepat dan cekap.

Beliau berkata "Kita teruskan mendekati golongan wanita muda dan kenal pasti usia 18-25 tahun keatas dibawah Program ADINDA dan SWINAS yang menghubungkan kita dengan pelajar IPTA mahupun IPTS". 

Tugas Puteri semakin mencabar dalam usaha mencari, menggilap dan mengasah bakat wanita muda dari semasa ke semasa di samping mencari keahlian baru untuk mendaftar sebagai ahli puteri. Gerak kerja ini merupakan salah satu persediaan awal bagi PRU-14 yang akan datang dan para puteri juga perlulah mengatur strategi yang sempurna untuk menghadapinya.
Tambahan pula, kini keadaan parti pembangkang dalam keadaan cukup kritikal dan ini merupakan peluang keemasan kita untuk terus berjuang demi mempertahankan Agenda Melayu dalam apa jua rintangan yang datang. Kita juga perlu bergerak melalui daftar pengundi supaya semua pihak terlibat tidak kira di peringkat Bahagian, Cawangan, Wanita mahupun Pemuda.

Selain pada itu, sempena ulangtahun UMNO ke-70 dan ulangtahun penubuhan Puteri UMNO yang ke-15 tahun, Presiden UMNO Dato Seri Najib Razak telah melancarkan teater muzikal *Mencari Sumayyah “yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Erra Fazira dan ramai lagi yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 8-14 Ogos 2016 ini.


Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016