PERHATIAN! Pengguna Kad MyRapid Dapat Diskaun 55 Peratus

KUALA LUMPUR: Dikatakan hari ini bermulanya diskaun sebanyak 55 peratus kepada pengguna MyRapid di sekitar lebih 17 tempat di Kuala Lumpur.
Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan berkata MyRapid Privileges bertujuan memberi ganjaran kepada pemegang Kad MyRapid di samping menggalakkan lebih banyak transaksi pembayaran tanpa tunai.

Keistimewaan ini juga meliputi kedai makanan, salu kecantikan dan penjagaan kesihatan, kawasan rekreasi, kasut dan pusat tarikan pelancong seperti Time Square Theme Park, Petrosains dan Taman Burung KL.

Malah, Hotel Metro 360 juga menawarkan diskaun kadar semasa bagi biliknya mulai sekarang sehingga 30 Jun tahun depan dengan mengemukakan kad MyRapid ini.

Pengguna Kad MyRapid boleh melayari laman web rasmi untuk mengetahui dengan lebih lanjut.



Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016