Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia


PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

03 Ogos 2001-03 Ogos 2016, genap 15 tahun umur Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, yang dilancarkan oleh Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah YB Datuk Seri Azalina Othman, pada tahun 2001. Manakala Ketua Puteri UMNO yang kedua ialah YBhg Dato' Noraini Ahmad pada tahun 2004 dan diikuti dengan Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang berkhidmat pada tahun 2009. Jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO ini disandang oleh YB Datuk Hjh Mas Ermieyati dari 2013 sehingga kini.



YB Datuk Seri Azalina Othman

YBhg Dato' Noraini Ahmad

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

YB Datuk Hjh Mas Ermieyati Samsudin

Puteri UMNO berperanan penting kerana dapat menarik ramai golongan muda remaja untuk menyertai dan terlibat secara langsung dengan UMNO. Malah, golongan ini dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan mahupun bahagian seperti kerja-kerja perkeranian, sukarelawan dan pengurusan balai raya serta aktiviti parti juga mampu berjalan dengan lancar. Ini menunjukkan kehadiran mereka ini menghidupkan suasanan UMNO.

Untuk pengetahuan umum, dalam peringkat awal penubuhan Puteri UMNO ini mendapat bantahan daripada Wanita UMNO kerana dimaklumkan mungkin akan bertindan peranan tetapi hakikatnya Puteri UMNO ini setaraf dengan Pemuda UMNO. Semua anggota Puteri UMNO secara automatiknya akan didaftarkan sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang telah ditetapkan iaitu 35 tahun. Dan setakat ini terdapat 191 Bahagian Puteri UMNO yang melibatkan 9,998 cawangan dan keahlian seramai 368, 481 orang (statik diambil dari Laman Web Pergerakan Puteri UMNO Malaysia).


Di dalam organisasi Pergerakan Puteri UMNO ini, terdapat Ketua Puteri, Naib Ketua, Exco@Pengerusi Biro Puteri UMNO Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian dan juga Ketua-Ketua Cawangan yang merangkumi 13 negeri kesemuanya kecuali Negeri Sarawak.

Malah, dalam tempoh 15 tahun ini, pelbagai program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan meriah daripada pelbagai jenis golongan samada lelaki mahupun wanita, muda mahupun tua. 

Di kesempatan ini, Rakan Puteri ingin mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan selamat menyambut 'usia' yang ke-15 tahun pelancaran di dalam Parti UMNO.

Boleh lawat laman web Pergerakan Puteri UMNO Malaysia untuk pengetahuan dan info-info dengan lebih lanjut di ...

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016