Tayangan Khas Bulan Kemerdekaan: Mencari Sumaiyah


TAYANGAN AMAL TEATER MUZIKAL "MENCARI SUMAIYAH" PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2016 - Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama Hyper Pictures Sdn Bhd dan di sokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Tayangan Amal Teater Muzikal "Mencari Sumaiyah" bersempena sambutan bulan kemerdekaan, Ulangtahun UMNO ke 70 tahun dan Ulangtahun Puteri UMNO ke 15 tahun di Istana Budaya bermula 8 Ogos - 14 Ogos 2016.

Pementasan teater ini adalah bagi menyahut saranan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang sentiasa mahukan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menjaga kebajikan wanita muda di Malaysia maka dengan itu pementasan teater muzikal ini berketepatan untuk dipentaskan. Teater muzikal ini juga bertujuan untuk mendapatkan dana Tabung Prihatin Puteri dan sebahagian dan hasil kutipan jualan tiket dan tajaan akan di serahkan kepada tabung tersebut.

Teater muzikal mencari Sumaiyah ini menceritakan tentang wanita muda, kecekalan semangat untuk bersatu padu mencorak langkah menuju ke hadapan bagi mencapai impian dan cita-cita.

Antara artis yang akan menjayakan teater muzikal ini ialah Dato' Hans Isaac, Erra Fazira, Afdlin Shauki, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Aisya Hasnaa, Ruzana Ibrahim dan Nasz Sally. 

Majlis pelancaran teater ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak.

Sumber: Khaidiriah Binti Dato Sri Abu Zahar
Pengerusi Biro Pembangunan Kreatif
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016