3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan kejayaan daripada wira-wira negara yang berjuang berhabis-habisan di Paralimpik Rio pada awal september ini. Kejayaan demi kejayaan yang dilakarkan di dalam sejarah Malaysia mahupun sejarah antarabangsa itu telah melonjakkan nama negara serta merta. Kejayaan yang dimaksudkan ialah kemenangan yang membanggakan oleh atlet atlet paralimpik kita di Rio Paralimpik 2016 yang dimulai dengan sumbangan emas oleh Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli dan Latif Romly.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah sebagai atlet negara yang berjaya meraih pingat emas di Temasya Paralimpik dalam acara 100m T36 (Celebral Palsy) dengan mencatat masa 12.07 saat.

 Muhammad Ziyad Zolkefli yang mengalami masalah pembelajaran (intellectual impairmentberjaya meraih pingat emas dalam kategori F20 acara melontar peluru, sekaligus mencipta rekod dunia baharu dalam acara tersebut. Ziyad melontar peluru sejauh 16.84m dan berjaya memadamkan rekod dunia dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London pada 2012.


Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga negara apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual). Bukan sahaja mencatat 7.60 meter dalam lompatan kelima, atlet berusia 19 tahun itu turut memecahkan tiga rekod dunia.

Sukan Paralimpik adalah sebuah temasya aneka sukan antarabangsa terulung yang melibakan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kekurangan upaya fizikal mahupun mental, termasuk yang lumpuh, kudung, buta, mahupun palsi serebrum. Sukan Paralimpik dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik, sementara Sukan Dunia Olimpik Istimewa yang diiktiraf oleh IOC disertai oleh mereka yang kurang upaya intelek, dan juga Deaflympics yang disertai oleh mereka yang kurang upaya pendengaran. Dengan adanya pelbagai kekurangan upaya yang ada pada para atlet Paralimpik, maka mereka terbahagi kepada kategori pertandingan. Kekurangan upaya yang dibenarkan terbahagi kepada enam kategori yang umum iaitu: kudung, palsi serebrum, terencat akal, kerusi roda, cacat penglihatan, dan Les Autres (Lain-Lain, iaitu atlet yang kecacatannya tidak tergolong dalam lima kategori yang lain termasuklah kekerdilan, sklerosis berbilang, dan gangguan kongenital). Kategori-kategori ini dibahagikan lagi kepada golongan-golongan yang berbeza mengikut sukan. Sistem penggolongan ini telah menyebabkan kontroversi penipuan yang berkisarkan atlet-atlet yang terlebih nyatakan kecacatan mereka di samping menggunakan dadah penambah daya yang didapati di acara-acara sukan yang lain.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016