Dadah 'Flakka' Punca Sebenar Zombie?

Semenjak cerita 'Train To Busan' yang disiarkan di dalam pawagam baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai persepsi kita tentang satu kejadian yang bergelar 'Zombie'. Ramai yang menyatakan bahawa 'Zombie' ini sememangnya wujud. Tetapi menjadi persoalan ialah, apakah dan bagaimanakah wujudnya 'Zombie-Zombie' ini? Menjawab kepada soalan, antara sebab yang paling releven adalah disebabkan sejenis dadah bernama 'Flakka'.


Dadah Flakka ini juga dikenali sebagai 'garam mandi' (bath salts-bukan yang digunakan di dalam tab mandi) yang harus dipandang serius oleh masyarakat terutama sekali bagi ibu bapa. Secara saintifiknya, dadah Flakka ini adalah Pyrrolidinopentiophenone - atau dikenali sebagai a-PVP atau alpha-PVP dan sebatian kimia ini asalnya disintesis dalam tahun 1960-an. Penyalahgunaan dadah jenis sintetik tersebut mula dikesan sekitar tahun 2007 di negara Jerman. Di Amerika Syarikat, dadah Flakka ini turut dikenali sebagai dadah 'zombie'. Dadah Flakka ini datang dalam keadaan kristal putih atau merah jambu berbau busuk.

Mengapa dikenali sebagai dadah 'zombie'? Hal ini kerana kesan kesan sampingan kepada pengguna dadah ini menyebabkan perilaku pengguna itu saling tidak tumpah seperti kelakuan 'zombie' yang bersifat agressif yang melampau. Pengambilan berterusan selama beberapa jam juga akan mengakibatkan pengguna menjadi gila dengan 85 peratus akan pulih dalam tempoh 30 hari manakala 15 peratus lagi kekal gila sehingga mati. Dadah Flakka ini juga diketahui dengan kenaikan suhu badan sehingga 104 darjah, dan kadang kadang lebih tinggi. Suhu badan yang sangat tinggi boleh membawa kesan buruk - ia boleh membawa kepada kesan kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang dan juga kematian. Dadah sintetik juga boleh meningkatkan tekanan darah anda, yang bokeh menyebabkan seragan jantung, strok, aneurisme, atau kegagalan jantung.

Cara pengambilan dadah ini adalah dengan membakar, menghisap, melarutkan dalam air dan disuntik atau memasukkannya ke punggung bagi mendapatkan rangsangan. Dalam siasatan sebuah akhbar tabloid di Britain mendapati dadah sintetik ini dinamakan sempena garam yang digunakan dalam mandian mampu mempengaruhi penggunanya supaya memakan daging manusia. Hal ini kerana, pengguna tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan kerana berada dalam keadaan khayal yang terlampau. 

Kes pertama serangan 'zombie' ini membabitkan seorang remaja Scotland berusia 19 tahun yang maut selepas mengambil dadah 'bath salts' yang dibeli dengan harga rm50. Seorang lagi remaja perempuan juga berusia 19 tahun bertindak membogelkan diri di sebuah pasar raya sejurus mengambil dadah ini. Insiden paling sadis dilaporkan membabitkan dadah ini adalah serangan terhadap seorang lelaki gelandangan berusia 65 tahun di Amerika Syarikat yang kehilangan hampir suku wajahnya kerana dimakan penagih dadah. Penagih tersebut ditembak mati selepas dia tidak mengendahkan arahan polis supaya berhenti menggigit wajah mangsanya, sebaliknya mendengus seperti haiwan liar dan akibat kejadian itu, lelaki gelandangan terbabit menjadi separuh buta.

Jadi, 'zombie' ini wujud di dalam istilah kesan penggunaan dadah yang merbahaya.

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

Ulangtahun Ke-15 Tahun Pergerakan Puteri UMNO Malaysia