Skip to main content

T-Team melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia

MARAN 17 Sept. - Pasukan T-Team melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United dengan agregat 2-1 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, di sini malam ini.



 


Dalam perlawanan timbal balik di gelanggang lawan itu,  T-Team menang 1-0 selepas diikat 1-1 pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 28 Ogos lalu.
Pemain import kelahiran Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov muncul wira skuad The Titans apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-77 sekali gus memadamkan kelebihan tuan rumah yang turun beraksi dengan  mempunyai bekalan gol di tempat lawan.
Jaringan yang memusnahkan impian Felda United untuk mara lebih jauh dalam saingan merebut piala berprestij berkenaan berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohd. Nor Hakim Hasan sebelum Sharofetdinov yang tidak dikawal menanduk bola ke dalam gawang The Fighters.
T-Team akan bertemu Selangor pada peringkat separuh akhir nanti. 



- UTUSAN ONLINE


Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016