Peminat 'GSC' Kena Ambil Tahu

Kecoh satu Malaysia apabila pemilik pawagam paling terkenal di negara kita ingin menjual jenama pawagam tersebut. Daripada anak kecil sehingga dewasa, pasti mengenali pawagam termurah di Malaysia itu iaitu Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai GSC. Dilaporkan bahawa Tan Sri Robert Kuok menyatakan bahawa ia berpotensi menjana pulangan sehingga AS$500 Juta (RM 2.08 Billion) daripada transaksi tersebut.


Menurut sumber, syarikat PBB Group Bhd. (PBB) yang dikuasai oleh Tan Sri Kuok, individu terkaya di Malaysia itu telah menjalankan pusingan pertama proses bidaan GSC, namun enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana maklumat proses penjualan tersebut adalah sulit. Bagaimanapun, PBB memaklumkan kepada Bursa Malaysia, syarikat sentiasa mengkaji segala peluang yang ada terhadap aset-asetnya termasuk GSC demi memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham. 

"Sehingga kini, tiada lagi keputusan yang dicapai termasuk dari segi nilai transaksi yang akan dipersetujui. Pemegang saham atau pelabur yang berpotensi juga perlu mengetahui dan sebarang kajian yang sedang dijalankan tidak semestinya berakhir dengan transaksi penjualan," jelas PBB dalam kenyataan itu.

Mengulas perkara tersebut, Ketua Penyelidikan Etiqa, Chris Eng berkata, GSC dilihat merupakan aset yang menarik untuk dimiliki memandangkan tiket pawagam di Malaysia masih dianggap rendah berbanding di negara lain di rantau ini.
"Penjualan itu bakal menarik perhatian syarikat-syarikat berkaitan untuk mendapatkan aset pawagam tersebut kerana tontonan pawagam menjadi aktiviti untuk bersama keluarga dan rakan-rakan," jelasnya.

Mengikut pengumpulan data oleh Bloomberg, sebanyak AS$16.1 (RM64.4 Billion) telah dibelanjakan oleh syarikat-syarikat di rantau ini untuk membeli aset aset hiburan dalam tempoh setahun yang lalu. Perkembangan itu membuatkan GSC yang mempunyai 345 skrin digital di Malaysia antara aset terbaharu yang terdapat di dalam pasaran untuk dibeli. Bahagian pengagihan dan pameran filem telah menyumbang keuntungan sebanyak RM65.6 juta kepada PBB, sekaligus meletakkan bahagian itu sebagai antara penyumbang terbesar kepada syarikat selepas bahagian komoditi dan perniagaan pertanian.

Tan Sri Kuok menguasai PBB menerusi syarikat pegangannya, Kuok Brothers Sdn. Bhd, yang memiliki 50.8 peratus kepentingan. Mengikut Indeks kekayaan Bloomberg, Tan Sri Kuok memiliki kekayaan AS$13.1 Bilion (RM53.7 Bilion) dan menjadikan beliau orang ke-72 terkaya di dunia. 
Malah, pesaing utama GSC ialah TGV yang mempunyai kapasiti 235 skrin. TGV dimiliki oleh Tanjong Public Limited Company yang dikaitkan sebagai aset hiburan dimiliki oleh orang kedua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan.

Sumber Utusan

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016