Skip to main content


PUTRAJAYA 14 Sept. - Bekas ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin secara rasmi menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung pemecatan keahliannya dalam parti politik.
Peguam beliau, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita, beliau telah memfailkan notis pemberhentian permohonan itu pada Khamis lepas.

Beliau berkata, alasan bagi penarikan balik itu adalah ia akan menjadi akademik bagi Anina untuk meneruskan permohonan kerana remedi untuk dikembalikan semula sebagai ahli UMNO tidak lagi layak baginya.

Mohamed Haniff Khatri berkata, ini kerana Anina kini merupakan anggota jawatankuasa sebuah parti yang baharu ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Pada 24 Ogos lepas, Anina mengumumkan dalam sidang akhbar beliau menarik balik tiga kes saman sivil yang difailkan dahulu atas kapasiti sebagai ahli UMNO kerana beliau sekarang akan berjuang menerusi landasan baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

BERNAMA

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016