Pulangnya Haron Din Ke Rahmatullah



Murshidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din telah pulang ke rahmatullah pagi tadi setelah berada dalam keadaan kritikan selepas mengalami serangan jantung di Carlifornia lewat hari ini.

Sebelum ini, beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford, San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Sumber dari twitter Zulkifli Noordin mendakwa Haron Din telah menghembuskan nafas terakhir di California.

Twitter milik, Zulkfli Noordin
Pihak hospital kemudian telah mengesahkan keadaan Datuk Dr Haron Din kritikal dan telah meminta seluruh ahli keluarga hadir ke ICU terbabit.

Beliau pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) berikutan masalah jantung yang beliau hadapi.

Negara kehilangan sebutir permata yang berharga.

INNALILLAH

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016