Apa Itu ADINDA?

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA - Di dalam organisasi politik ini, terdapat beberapa platform yang diwujudkan khas untuk anak anak muda menyerlahkan kepimpinan mereka dan bergiat aktif di dalam bidang politik. Antaranya ialah ADINDA. Tetapi masih ada yang masih kabur apa yang ada di sebalik nama ADINDA ini.

Image result for adinda puteri umno

ADINDA merupakan satu inisiatif baru di bawah Sayap Biro Politik Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di mana yang memegang sayap ini ialah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia itu sendiri iaitu YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin. 

Berikut merupakan sedikit sebanyak perkongsian apa yang kita perlu tahu tentang ADINDA (The Facts of ADINDA):

1. Penyertaan anak muda dalam gerak kerja politik adalah suatu hak asas yang perlu dilindungi. Selaras dengan proses peremajaan dan pengkaderan UMNO serta menyedari pelbagai persepsi negatif di kalangan golongan muda terhadap dunia politik, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan melancarkan inisiatif terbaru iaitu ADINDA.

2. Untuk memantapkan lagi evolusi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan mempersiapkan generasi pelapis di dalam Pergerakan Puteri UMNO Malaysia secara amnya, pelancaran ADINDA ini dilihat tepat pada masanya.

3. ADINDA telah dilahirkan khas untuk golongan wanita berusia 18 hingga 25 tahun. Golongan umur ini merupakan golongan yang ideal kerana secara fitrahnya, mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

4. Elemen ini perlu dimanfaatkan dan pelbagai program yang berunsur pendidikan dan motivasi akan dipertingkatkan untuk memberi pendedahan awal tentang kepentingan pengetahuan isu-isu semasa menerusi aktiviti kemasyarakatan.

5. Seperti yang kita sedia maklum dan juga berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia, golongan wanita mendominasi kemasukan ke institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

6. Institusi-institusi ini telah berjaya melahirkan ramai graduan profesional muda dari kalangan wanita dan kejayaan ini haruslah disambut baik. Justeru itu, inisiatif-inisiatif yang diusulkan menerusi ADINDA adalah langkah yang tepat dan selari untuk mereka menyerlahkan bakat dalam bidang karya penulisan, perdebatan dan seni kreatif.

7. Dalam landskap politik semasa, anak muda akan sentiasa dahagakan platform untuk menemukan potensi diri, menyuarakan pandangan dan idea serta mahu merasakan 'sense of belonging' dalam masyarakat..

8. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia juga mengakui golongan ini acapkali menjadi mangsa prejudis dan stereotaip yang melihat mereka sebagai kelompok mentah yang kurang pengalaman, kepakaran dan kapasiti.

9. Oleh yang demikian, ADINDA akan menjadi platform untuk membantu menentang stereotaip ini dengan memberi 'safe space' kepada wanita mud untuk mempelajari skil-skil yang berguna.

10. Nama ADINDA dipilih sebagai suatu tanda kehormatan dan rendah diri golongan wanita muda di dalam UMNO kepada pemimpin tertinggi parti UMNO Malaysia secara keseluruhannya, khususnya Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

11. Bagi memastikan maklumat dan informasi berkaitan ADINDA disebarkan secara meluas dan berkesan kepada semua lapisan, ADINDA telah merangka pelbagai program seperti berikut:

  • Gelanggang ADINDA - Platform bagi golongan anak muda dan mahasiswa untuk membahaskan isu-isu semasa
  • Ziarah Kasih ADINDA - Program sukarelawan yang mendekatkan wanita muda dengan golongan yang memerlukan
  • She Says - Program yang memberi peluang untuk wanita muda yang sudah berjaya untuk berkongsi pengalaman dan cerita bersama wanita-wanita muda lain
  • Gelanggang Mega ADINDA - Pentas debat mengumpulkan gadis muda dari pelbaai latar belakang membahaskan isu-isu semasa
  • Fit ADINDA - Program menggalakkan wanita muda bersenam dan mempromosikan gaya hidup sihat.

12. ADINDA menekankan kepentingan wanita muda yang mahu bergiat aktif dalam dunia politik, harus mempunyai pengisian minda dan sahsiah bagi membolehkan politik berasaskan polisi dapat direalisasikan. Mengambil landskap politik semasa, di arena antarabangsa dan tempatan - potensi wanita muda harus dibentuk dan digilap untuk lebih berkeyakinan berhadapan dengan masyarakat yang menagih maklumat secara langsung, cepat dan pantas.

Jadi, rasanya admin dah jawab semua apa sahaja mengenai ADINDA Puteri UMNO Malaysia. Sekiranya sahabat semua mempunyai persoalan mengenai ADINDA, boleh merujuk 'page' Rakan Puteri.

Popular posts from this blog

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016