Rohingya: Puteri Gesa Badan Antarabangsa Bertindak

KUALA LUMPUR, 22 NOV 2016 : Puteri UMNO menggesa badan-badan komuniti antarabangsa supaya segera bertindak menangani penindasan terhadap masyarakat minoriti Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Image result for mas ermieyati samsudin 2016

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, Pertubuhan Kerjasama (OIC) dan Kesatuan Eropah (EU) perlu memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Maungdaw dan kawasan sekitar Rakhine oleh tentera negara itu sejak 9 Oktober lalu.

"Penggunaan salah kuasa terhadap etnik Rohingya, khususnya kaum wanita dan kanak-kanak sama sekali tidak boleh diterima dengan apa jua alasan sekalipun.

"Jelas penindasan ini sama sekali melanggar hak asasi manusia dan lebih memalukan apabila pemenang hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi mengambil pendekatan berdiam diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Puteri UMNO turut kesal dengan tindakan Bangladesh yang bersekongkol dengan Myanmar apabila menutup kesemua pintu sempadan dan akses bantuan kemanusiaan.

Justeru, Mas Ermieyati berkata, PBB perlu menghantar pasukan pengaman ke Arakan bagi menghentikan sebarang usaha pembersihan etnik Rohingya seterusnya mengembalikan asas kebebasan mereka.

Selain itu, beliau berkata, Puteri UMNO menuntut janji pemerintah Myanmar pada 2015 untuk memberi komitmen verifikasikan kewarganegaraan kepada etnik Rohingya serta menghulur bantuan yang diperlukan.

"Puteri UMNO percaya Etnik Rohingya mempunyai hak dan masa depan untuk hidup aman sama seperti etnik-etnik yang lain.

"Puteri UMNO juga memohon supaya hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi ditarik balik kerana langsung tidak memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan konflik etnik Rohingya," katanya. -BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016