Calon UPSR Dapat D Kertas Bahasa Melayu Boleh Terus ke Tingkatan Satu

SHAH ALAM: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memperoleh D dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu boleh memasuki tingkatan satu tahun depan tanpa perlu melalui kelas peralihan.

Image result for pelajar ujian
(gambar hiasan)


Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pembaharuan itu dilihat dapat menjimatkan tempoh persekolahan murid terlibat memandangkan kelas peralihan mengambil masa setahun untuk sesi pembelajaran mengikut silibus ditetapkan dengan menumpukan kepada penguasaan Bahasa Melayu.

Beliau berkata surat pekeliling berhubung langkah berkenaan akan diedarkan ke Jabatan Pendidikan negeri-negeri dalam tempoh terdekat.

"Bagaimanapun, murid yang mendapat keputusan satu D dan satu E bagi mana-mana kertas Bahasa Melayu masih perlu memasuki kelas peralihan, namun boleh membuat rayuan kepada sekolah sekiranya ingin terus ke tingkatan satu.

"Pentadbir sekolah akan menilai setiap rayuan itu berdasarkan kepada kelayakan akademik murid dan ibu bapa yang ingin berbuat demikian boleh menyemak tarikh tutup dengan pihak sekolah," katanya kepada Bernama, di sini malam tadi..

Beliau ditemui selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Hicom, Seksyen 27 di sini, dan merasmikan dewan serbaguna sekolah berkenaan.

Katanya jumlah calon UPSR tahun ini daripada SJKT yang mendapat keputusan E bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu, hanya 10 peratus daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan berkenaan. -BERNAMA

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016