RUU 355 Dijangka Dibentang Esok

KUALA LUMPUR, 23 NOV 2016 - Usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok.

RUU 355 dijangka dibentang esok
Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat esok.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Dewan Rakyat sekitar 11 pagi tadi dijangka membentangkan usul berkenaan.

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian Abdul Hadi kelihatan meninggalkan dewan.

Ditanya pemberita untuk mengesahkan sama ada beliau akan memindanya, Abdul Hadi hanya menjawab ringkas "InshaAllah, esok.. esok.." sebelum memasuki kenderaannya dan meninggglkan bangunan Parlimen.

Usul berkenaan yang dibuat Abdul Hadi pada 26 Mei lepas itu perlu dicadangkan oleh menteri untuk dibahaskan sebelum speaker membuat ketetapan mengenainya.

Pada asalnya, usul Abdul Hadi itu diletakkan pada nombor empat peraturan mesyuarat pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, namun sehingga hari ini ia belum sempat dibentang atau dibahaskan ekorang kerap kali bertukar nombor giliran.

Justeru hanya tinggal hari ini atau esok sebelum sidang Dewan Rakyat kali ini berakhir untuk tahun ini.

Difahamkan usul Abdul Hadi adalah giliran ke-15, namun Kerajaan boleh memberi laluan kepada usul itu agar dikemukakan lebih awal.- AWANI

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016