#bajet2017 | BRIM naik lagi!!!


DATUK Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan kadar BR1M daripada RM 1,000 dan RM 1,050 (E-Kasih) kepada RM 1,200 dalam pembentangan Bajet 2017 di Parlimen sebentar tadi.  Sementara individu bujang bergaji RM 2,000 ke bawah, bayaran BR1M dinaikkan dari RM 400 kepada RM 450.

Kenaikan ini bermaksud:-
  1. Kerajaan tidak bankrap 
  2. Kerajaan ada duit
  3. BN melangsaikan janji Manifesto PRU13
Justeru, cakap-cakap kosong yang mengatakan kerajaan akan bankrap adalah penipu besar dan bodh sebenarnya sebab mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sekeliling mereka. Banyak lagi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk rakyat tetapi BRIM sahaja akan terus memberi manfaat kepada hampir 7 juta penerimanya.
Apabila ahli-ahli pembangkang ramai keluar dewan menunjukkan mereka kalah dan tidak lagi mampu menentang kerana kehabisan modal. Mereka tahu apa yang dikatakan YAB Perdana Menteri adalah realiti dan selama ini pun kita dapat melihat kesannya. Nampak sangat propaganda mereka selama ni hanya satu fitnah dan memomokkan rakyat - melainkan ahli-ahli parlimen PAS yang hampir kesemuanya kekal di kerusi masing-masing.
Kalau hendak diikutkan, Selangor sebagai contoh, adalah negeri yang diperintah PKR dan DAP, merupakan negeri tertinggi penerima BR1M iaitu 1,017,403 orang.  Patutnya gembiralah sebab rakyatnya paling ramai menerima BR1M dari kerajaan pusat tetapi masih cuba untuk menidakkan usaha kerajaan.
-Raysha-
11.53pm
21.10.2016

Popular posts from this blog

3 Lagenda Malaysia Gegarkan Paralimpik Rio 2016

CERGASKAN DIRIMU DI HARI SUKAN NEGARA 2016